27 July 2010

SWITCHBLADE KUALA LUMPUR



Kalau lihat gambar diatas memang sekali pandang macam Hard Rock Cafe dan Ed Hardy. Gayanya dah macam kedai di Hollywood. Menarik bukan?

Switchblade yang terletak di Solaris Dutamas telah diasaskan oleh brader Azry "Rock & Roller" Aziz dan Asep 'Lowrider' Iskandar.

Berkonsepkan Clothing Store dan Cafe, Switchblade memang patut kau pergi. Tempat dengan suasana yang 'chill' dan 'kool'. Sesuai untuk seisi keluarga.

Clothing Store menyediakan pakaian dari pelbagai peringkat umur tidak kira muda, tua, kanak-kanak, baju bayi pun ada. Design pakaian boleh buat kau meleleh. Kalau tengok pandang pertama mesti terkesima.

Kalau bab makan pula aku nak cerita memang terliur sebab Cafe Switchblade ada menyediakan makanan barat dan timur. Semuanya gerenti sedap dan yang penting HALAL!.

Satu lagi yang ada disini ialah ada disediakan shisha untuk penggemar shisha. Pelbagai perasa terdapat di kedai Switchblade yang 'kool' ni. Dan bagi peminat basikal Pixie yang berwarna-warni, korang boleh tempah disini. Tapi diingatkan, Switchblade bukan kedai basikal,tiada proses pemasangan komponen berlaku di sana. Kalau nak sila bawa spanar dan lain-lain perkakas untuk pasang depan kedai.

Ok.tu sahaja aku nak beritahu. Oh,lupa ada lagi satu yang paling menarik lagi tentang Switchblade, ada show sikit tiap hari jumaat atau akan di beritahu di halaman mereka di sini atau pun di sini.

Aku gerenti yang ini terbaik dari ladang!


No comments: